Sunday, November 1, 2009

Alhamdulillah... Akhirnya Impian Saya Tercapai

Assalamualaikum kawan-kawan,apa khabar semua sihat?Minta maaf la kerana lama dah tak tulis kat blog.Hari ni saya nak kongsi satu cerita yang baru berlaku kepada saya, cerita ni menarik tau.

Pada pagi hari Sabtu 24/10/2009 yang lalu saya telah memasuki Pertandingan Tilawah Al-Quran anjuran Sapura Community. Sebelum menunggu saya mengambil nombor giliran yang bernombor satu (1). Selepas mengambil nombor giliran saya berdoa kepada Allah supaya saya dapat menjadi johan.

Bila masanya sudah tiba, juruacara memangil nama saya dan saya naik ke pentas untuk membaca surah yang dipilih saya, iaitu Surah Al-Buruj (bintang). Berdebar-debar juga masa saya membaca tu.

Saya berasa lega apabila selesai membaca Al-quran. Setelah semua peserta selesai membaca, kami pun berehat dan menikmati makanan yang telah disediakan sementara menunggu keputusan. Penghakiman dibuat berdasarkan fasohah, tarannum, suara dan tajwid.

Akhirnya masa untuk mengumumkan pemenang pun tiba bagi Majlis Tilawah Al-Quran. Mula-mula bagi kategori 9-12 tahun dahulu. Tempat ketiga telah dimenangi oleh Nik Mariam. Naib johan pula dimenangi oleh Mohd Iqbal dan Johan bagi Tilawah Al-quran ialah... siapa lagi... saya lah Nur Natasha Azeze.

Alhamdulillah akhirnya saya mendapat juga kejuaraan yang saya impikan. Pada malam itu ayah saya sudah janji jika saya dapat nombor satu ayah saya akan belanja kami nasi bariani. Saya sangat gembira dengan kejuaraan saya.

Saya berjaya membawa pulang sebuah Piala Pusingan, Piala Iringan dan Wang Tunai. Saya tidak akan melupakan peristiwa ini........

Itulah ceritanya... Best kan?!


Wednesday, October 29, 2008

Assalamualaikum..

Hai,kawan-kawan apa khabar semua.Hari ni tasha berasa sungguh gembira dengan kehadiran kawan kat rumah Tasha.Kalau kawan-kawan senang datanglah rumah Tasha.

Monday, October 27, 2008

Blog Pertama Saya...

Asalamualaikum.....Hai kawan-kawan memperkenalkan saya Nur Natasha Azeze. Saya tinggal di Taman Desa Ixora nak tahu tak kawan-kawan alamat saya 360 Lrg Desa Ixora 2/3 Taman Desa Ixora. Hari raya kelmarin saya balik kampung ''best dapat duit raya banyak''Saya raya rumah Mak Tok di Johor dan saya balik kampung rumah Wan saya di Pahang .Saya boleh memperkenalkan sanak-saudara saya Alia, Sofia, Nurin, Aiman, Akmal, Marsha, Dini, Haris, Dina, Nabil dan Aisyah. Saya bersekolah pagi dan petang. Pagi saya sekolah agama petang pula saya sekolah Keb Taman Seri Pagi. Nama kawan karib saya 'Aqilah dan Syazwani.

Saya sangat gembira.

Ini blog pertama saya. Kalau cerita tak best minta maaf ya.
Harap kawan-kawan suka. Nanti Tasha tulis lagi.